Friday, February 28, 2014

~ his 1st attempt to write a blOg..(^_^)V part 1 #throwback 2013 ~

hOlla.. Assalamualaikum..


hihi..Entry kali ni nak bagi ruang kat me husband.. cam cOmey plak..haha..bukan ape.. at 1st datang jepun cikdOn ade cakap die nak buat blOg..hOws life in japan..student life here.. but.. tak kesampaian... sempat la mengarang untuk beberapa hari time awal2 sampai sini dalam word.. sbb belum buat blog..heee... at last he surrender.. yela.. write in a blog need a time/commitment and also passion.. macam wife die..suke menulis..tapi mase kadang2 x mengizinkan..tu yang asyik throwback jer =) so... saye yang baik hati da minta izin kat husb..leh x amek nukilan2 awak tu untuk masuk dalam blog kite..yela..untuk kenang-kenangan..hihi..then cikdOn bagi greenlight..hihihi =p


Bismillahirrahmanirrahim…
25 September 2013

Tarikh ini akan tersemat selamanya di dalam memori. Pada tarikh keramat inilah aku memulakan kehidupan yang serba baru sebagai seorang pelajar. Di dunia yang sungguh asing bagiku, yang selama ini menghabiskan masa belajar dari kecil hingga dewasa di dalam negeri Johor sahaja.

Ya, aku sekarang adalah seorang student phD di Kyushu University, Jepun. Tempat yang aku ingin menjejakkan kaki ketika  tamat SPM dulu, namun baru kini, Allah berikan kepadaku rezeki ku…Alhamdulillah Ya Allah…

Tarikh 25 September ini bermula dengan sambutan diluar jangkaanku.. Ketika tengah asyik mengambil gambar keluarga, tetiba je ada org nyanyi lagu Happy birthday…Hhuhuuhu…. Pandai btol sayangku ni wat kejutan… Padahal, dia sentiasa dengan aku sepanjang hari..Bila pulak dia g beli kek aiskrim yg sedap ni…Alhamdulillah, thanx sayang for the suprise celebration… Love u much.. Yang lebih bermakna bagiku, bila bapa mertuaku sudi untuk membacakan doa selamat bagiku dan isteri dan diaminkan oleh semua adik beradik, mak dan anak buah sempena sambutan hari lahirku dan keberangkatan kami ke Jepun..

Malam seawal jam 8 malam, aku da tercegat di KLIA… walau bermacam dugaan ketika nak check in barang, namun aku laluinya dengan hati yang tabah… Ramai yang datang untuk mengucapkan selamat jalan kepada kami.. Dila da suami, yaya, ima, dan student kesayangan aku n ain, merangkap member sporting kami, aiman n da geng, yana, ika, ajimah, acap dan yan yg sudi datang dari Kuala Selangor semata-mata nak melambai kami di pintu perlepasan.

Tidak ketinggalan juga mak dan abah serta abang sekeluarga yang sudi datang dari jauh semata-mata na menghantarku untuk pergi berjuang ini… Sebak, pilu, semua rasa bercampur baur.. Lagi-lagi nak tinggalkan mak kat sini..Huhu….

Mak, adon terpaksa pergi mak…demi mencari ilmu dan berbakti kepada anak bangsa, mak redhakan la pemergian adon..InsyaAllah adon balik ke Malaysia 3 tahun lagi bersama gelaran Dr…Pasti nanti mak abah tersenyum bangga dan gembira…amin… Adon nak buktikan kepada semua, yang anak Felda, anak mak abah ni bole berjaya sehingga ke peringkat yang tertinggi… Pasti mereka akan buka mata bila mngetahui ada permata menyinar di luar kota.

Insya Allah, aku akan tros berlari mengejar cita dan impianku untuk menggenggam hasrat da impian nan murni…
Jangan dibazirkan air mata yang mengalir semasa perlepasan aku…..Insya Allah…Aku akan pastikan aku akan berjaya, dengan iziin Allah…


Sambung kemudian..mata da ngantuk…huhuhu..26 sept, 11.49 Pm (Japan time)


26 September 2013

Flight ke Jepun, MH088 berlepas tepat jam 0:00PM dari KLIA. Owh no…rasa penat giler kaki weh…Perut pon lapar..Ye la..seharian dok menguruskan hal perjalanan ni..Ngan wit Yen yang susah nak dapat, ngan hal bank yang banyak mende kena setel..huhuhu. Sume benda lupa.. Nak tapau ayam McD pon lupa !! Padahal, tuppare ware da siap sedia nak berkhidmat dalam beg galas tuh..
So far, Alhamdulillah… Perjalanan OK… X lama pas flight maintain melepasi awan biru, tros serves minuman dan kacang.Tapi row ayang je dapat.Row aku, pramugari tu lupa kot…huhuhu.. Then mid night menu, dia serve Tuna mayonis sandwich… Apa lagi, belasah la… Then zzzzzzz……
Bangun je, pramugari dok kejut aku Tanya nak air ape… dia nak serves breakfast lak..hehe… aku order omelette, instead of nasi lemak…erm, ok la makanan dia.. Bole la masuk tekak.. Aku ingat makanan dalam flight MAS ni sedap macam Syura wat dalam masterchef celebrity tuh..kiikikikiki.. Apepun, syukur, Alhamdulilla…

Sampai di airport, Fuhh, ramai nyer orang and tetiba rasa macam beg galas nak jatuh… OMG… Beg galas yang memang da berumur ni putus lak tali…huhuhuh… Nasib baik ada beg hitam beroda ala-ala pramugara ni ada, letak atas beg tu and tarik.. Mak oi, banyak and berat beg kitorang..Lantak la ape orang nak cakap..kikkiik..dok tengah beratur, ada sorg Jepun n cek tiket.. Dia soh beratur kat kaunter 2.. Alhamdulillah, dapat pergi kat PRIORITY LANE.. Ingatkan dapat siap awal…Rupanya lagi lama sebab siapkan sekali Residence Card.. Selesai sume, ambil barang dan kuar je, Kak Azua yang ala-la Lisa Surihani katanya, dan abang Mohtar yang ala-ala juga katanya macam Hans Isaac dad ok tunggu. Alhamdulillah..Dia tros bawak kitorang g umah dia bersama kereta barunya, Estima.. Makan daging kuning, Sambal merah and sayur..Alhamdulillah… Pastu, kak azua n abg Mohtar bawak kitorang pergi beli barang. First, g kedai Friend Shop..sini ada jual barang frozen yang halal.So, amek la ayam 1 pek 340gram.. Mak oi harga ayam dia..998 yen..lebih kurang RM30.10 beb…wah..!!! terkejut aku… then beli cili merah lak..kata kak azua, cili sini tak pedas..huhuhu..macam mana ni, aku n ayang memang hantu cili..kikikiki..Harga cili, 248 yen, lebih kurang rm 7.50…huhu mahalnye kat sini… Then pergi lak Rumeru, beli barang makanan yang lain macam kentang, set tomyam, mi kuning dll.. Last skali g kedai nama Seria, kedai 100 Yen.. Macam kedai 2 ringgit kat Malaysia la… OK la, kedai ni ok sangat.. murah..Tapi kualiti xtau la kan.. So, g beli pinggan, mug, penyapu, Tupperware dll peralatan memasak.. Kettle and rice cooker kat Ruteru tadi.. huhu..Rasa macam nak mula hidup baru balik, macam baru kawen.huhu.. So far, arini je da habis dalam 30,000 yen lebih kurang RM 1000…huhuhuhu…

Then kak azua bawak g hostel..da siap isi boring, g angkut segala barang beg n yang baru beli ke atas..masuk umah, Alhamdulillah, cantik rumah ni..Then g tegur Malaysian yang da sampa semalam, En Samsul.. Satu benda penting bole terlupa lak.. plug international…!!! Extension wire pon xbawak..huhu..mati kutu.. Nak g Aeon naik bas, badan da penat tahap Ultraman lampu merah menyala..huhu..Nasib baik ada power bank, bole la bertahan jap utk cas HP…
Malamnye, Khaidir dan isteri datang ziarah bersama azlan, yang baru nak wat master kat sini. Then abang Samsul, join datang..pastu Amirul lak sampai..huhuhu..da macam marhaban..kikiki..Siang tadi macam da down da nape aku datang jepon..Weird language, weird environment, huhuhu.. Malam ni rasa kuat sikit sebab da jumpa kawan-kawan Malaysia. Last skali Nik sekeluarga datang. Macam kenal..Puas ingat, mana pernah jumpa eh.. Last-last baru tau, dia ni member Arman. Dia pernah tido umah aku kalo datang JB..Pernah gak lepak minum skali..huhu..keciknya dunia… da borak-borak, cedok ilmu sket, balik ah, tido….Menu malam ni, magi kari je..sebab malas nak masak dan badan da penat tahap gaban.huhhu..Alhamdulillah….
Pen off..
Xoxo….


nanti kan part 2 nukilan cikdOn..hihi.. nak copy sume masuk dalam 1 entry x best plak kan..hahha.. entry kali ni xde pic tau.. (^_^)V peace!! okay.. nnt kite cont..wasalam.. xoxo published!!

entry kali ni  dari
cikdOn + cikAin.. donsan & ainsan...muaaaahhh!!!

No comments:

Post a Comment